Sunday, August 14, 2016

Dhuha dan kelebihannya

Assalamualaikum buat para pembaca,

Lama sudah rasanya tidak membuat perkongsian disini. Tiba2 terlintas untuk berkongsi setelah sekian lama menyepi dari dunia maya. Seringkali hidup kita dilanda musibah dan seringkali jualah kita merasa kesempitan wang dan kesempitan hidup. Beberapa tahun yang lepas, semasa saya masih belajar dan semasa saya baru memulakan perniagaan ialah waktu paling mencabar dan paling menduga diri saya baik fizikal mahupun mental.

Tiap kali saya dilanda kesusahan, saya akan resah dan gelisah membuatkan jari ini memetik keyboard untuk mencari jalan keluar dari kesusahan. Kita sering mendengar mengenai solat Dhuha dan solat Witir. Tetapi berapa ramaikah antara kita yang mahu menghidupkan solat sunat yang dititikberatkan oleh nabi junjungan kita ini? berapa ramaikah antara kita yang sedar betapa hebatnya kuasa dua solat sunat ini? Kali ini saya kongsikan khasiat solat Dhuha.

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Bedasarkan riwayat2 diatas, maka dapatlah kita simpulakn bahawa solat Dhuha ini ialah salah satu magnet rezeki. Untuk merasai kehebatannya bolehlah mulakan dari skarang. Sedikit demi sedikit hinggalah anda boleh melakukannya berterusa. Istiqamah dalam melakukan sesuatu kebaikan adalah yang terbaik.

Pengalaman saya sendiri, hari pertama saya melakukannya, saya membuat 4 jualan dalam hari yang sama. Saya sendiri terkejut dengan hasilnya kerana saya tidak dapat membuat satu jualan pun dalam masa 2 bulan. Saya tidak tahu apa cara terbaik atau apa niat terbaik ketika mengerjakannya. Bagi saya sendiri, saya hanya menjadikan solat ini rutin harian tanpa sebab yang khusus atau terlalu mengharap. Cukulah kita membaca doanya dengan bersungguh dan penuh penghayatan. Alhamdulillah, urusan saya dipermudahkan dan hidup saya tenang sekarang bersama keluarga.

Sekian sahaja perkongsian hari ini....Semoga saya dapat terus hidup agar dapat berkongsi dilaiin masa. Jazakallah...

No comments: