Saturday, December 20, 2008

Berkuda, Memanah, Berenang Sunnah rasulullah

Ingin tahu mengenainya? sila Klik gambar dibawah

Wednesday, December 17, 2008

Meninggalkan Solat dan Melambatkan Solat

Solat 5 waktu amat penting dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang muslim. Ada kalanya kita melambat-lambatkan dan sengaja malas untuk menunaikan solat. Ketahuilah wahai rakan-rakan sekalian Barangsiapa yang (sengaja) meninggalkan solat fardhu lima waktu :-

Subuh - Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (*nota - 1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)

Zuhur - Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.

Asar - Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah

Maghrib - Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.

Isyak - Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."

********

Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:

Dunia

Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya. 


Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya. 


Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman. 


Sakaratul Maut

Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus. 


Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar. 


(su'ul khatimah) 


Dia akan dirisaukan akan hilang imannya. 


Alam Barzakh

Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan. 


Kuburnya akan menjadi cukup gelap. 


Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari) 


(Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)


Hari Qiamat

Hisab keatasnya menjadi sangat berat 


Allah SWT tersangat murka kepadanya. 


Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka. 


Allah s.w.t. menjelaskan bahawa sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran (al-Ankabut: 45) dan dalam masa yang sama iblis terus menerus berusaha untuk menyesatkan manusia. Kerana itu maka tidak peliklah kenapa iblis dan syaitan itu berusaha untuk menyekat manusia daripada melakukan sembahyang.

Iblis dan syaitan berusaha menghalang manusia agar jangan melakukan sembahyang. Andainya seseorang itu terus juga sembahyang, makhluk itu akan mengganggu ketika seseorang itu sedang mengambil wuduk. Rasulullah s.a.w. memberi amaran tentang adanya satu kumpulan iblis yang dinamakan ``al-Wilhan'' yang berperanan untuk mengganggu seseorang itu berwuduk, menyebabkan timbulnya was-was, lalu wuduk itu diambil mengambil masa yang panjang, berulang kali tanpa yakin.

Ketika mendirikan sembahyang iblis akan menimbulkan was-was hati iaitu ketika berniat, membaca al-Fatihah, mengganggu pemikiran menyebabkan seseorang itu tidak berupaya menumpukan konsentrasinya kepada ibadah yang dilakukan. Ketika itu timbul pelbagai lintasan, termasuk peristiwa yang dilihat di tengah jalan, di pejabat, rasa kecewa harga saham dan kelapa sawit yang menjunam dan lain-lain lagi termasuk gangguan yang timbul daripada gambar-gambar ataupun tenunan pada kain sejadah yang dijadikan alas tempat sembahyang.

Selain daripada tabiat manusia yang sukar hendak mendirikan ibadah sembahyang, iblis dan syaitan juga menipu manusia agar melengah-lengahkan sembahyangnya, yang mungkin berpunca daripada sifat malas semula jadi, didikan yang diberi atau suasana yang mempengaruhi. Seseorang itu mungkin melambat-lambatkan sembahyangnya kerana mesyuarat, terlalu asyik dengan kerja yang dilakukan, untuk menyudahkan tugas yang diberi dan sebagainya.

Untuk mengatasi masalah seperti ini seseorang itu perlu kembali kepada hukum asal, iaitu memahami hukum mereka yang melambat-lambatkan sembahyang seperti yang saudara kemukakan.

Dalam surah al-Maun: 4-5 dijelaskan, ``Maka kecelakaanlah bagi mereka yang sembahyang, iaitu orang yang lalai dari sembahyangnya.''

Menurut Saad bin Abi Waqqas, seorang daripada 10 sahabat yang dijanjikan syurga, yang meninggal dunia pada tahun 55H, menyatakan yang dia telah bertanyakan Rasulullah tentang maksud ``orang yang lalai sembahyang'' tadi. Baginda menyatakan bahawa yang dimaksudkan itu ialah mereka yang melambat-lambatkan sembahyang daripada waktunya.

Mereka ini tetap termasuk dalam golongan orang yang melakukan sembahyang, tetapi memandang enteng dengan melambat-lambatkannya. Bagi mereka adalah balasan neraka, yang dinamakan ``wail'', yang sangat berat azabnya. Menurut satu pendapat neraka wail itu adalah satu lembah yang terdapat di neraka jahanam. Andainya bukit-bukit yang ada di dunia itu diletakkan dalamnya, nescaya hancur luluh semuanya kerana terlalu panas.

Dalam sebuah hadis riwayat daripada al-Bayhaqi dinyatakan bahawa Umar bin Al-Khattab r.a. ada memberitahu, telah datang seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. lalu bertanya: Ya Rasulullah, apakah amalan yang paling dikasihi Allah dalam Islam. Baginda menjawab: Sembahyang dalam waktunya. Barang siapa meninggalkan sembahyang, maka tidak ada agama baginya. Sembahyang adalah tiang agama.

Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda yang bermaksud: Apabila seseorang hamba itu sembahyang pada waktu awal, maka sembahyang itu naik ke langit dengan cahaya, sehinggalah tiba ke arasy, lalu sembahyang itu memohon keampunan kepada Allah untuk tuannya sehingga hari kiamat. Ia berkata: Semoga Allah memelihara akan dikau sebagaimana engkau memelihara akan daku. Dan apabila seorang hamba itu sembahyang bukan pada waktunya, sembahyang itu naik ke langit bersamanya kegelapan. Apabila tiba ke langit ia dilipat, seperti pakaian yang dilipat, lalu dipukul dengannya pada muka tuannya, ia berkata: Allah s.w.t. mempersia-siakan akan dikau, sebagaimana engkau mempersia-siakan akan daku.

Keterangan di atas menjelaskan betapa Allah memberi peringatan amaran terhadap mereka yang melengah-lengahkan sembahyang. Andainya seseorang itu benar-benar beriman kepada Allah dan menyedari betapa pedih dan sakitnya seksaan tersebut, dia akan sedar dan insaf dan tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

Namun demikian, lumrahnya tidak mudah seseorang itu hendak mengubah tabiatnya yang telah menjadi darah daging. Dosa itu seperti sakit atau kerosakan yang ada pada jari-jari. Apabila satu jari itu rosak, maka akan bengkoklah jari tadi. Semakin banyak kesakitan yang terjadi, maka semakin banyaklah jari-jari yang bengkok, yang mungkin berakhir dengan kerosakan pada seluruh jari jemari tadi.

Adalah mudah untuk memulihkannya jika ia dirawat sebaik-baik sahaja jari itu membengkok. Ia akan pulih seperti sediakala bergantung kepada tahap kesakitan yang dialami, ubat yang digunakan, dan kekuatan badan si pesakit. Kerana itu penyakit perlu diubat lebih awal dan jangan dibiarkan merebak. Merawat dosa ialah dengan bertaubat.

Tuesday, December 16, 2008

Ayat Seribu Dinar


Bermaksud :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkanlaranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

 

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

 

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

 

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

 

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini keika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Tuesday, August 5, 2008

Umat akhir zaman

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, Bukankah kami ini ikhwanmu?Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku,kata Rasulullah. Ikhwanku itu,menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka. ::KITAKAH IKHWAN ITU ?? ::

Tuesday, July 8, 2008

Bila nak potong kuku?

Kebersihan amat penting dalam kehidupan seorang remaja. Diri yang bersih secara luarannya selalu mendatangkan tanggapan pertama(first impression) orang lain yang baik terhadap diri anda.Salah satu aspek kebersihan yang perlu dijaga ialah kuku. Kadangkala kita suka membela kuku dan juga menilatkannya. Seringkali juga kita malas memotong kuku sehingga menyakiti kulit di tepi kuku. Kalau teringat nak potong kuku barulah kita potong. Tapi, tahukan kita bahawasanya ada hari-hari tertentu yang digalakkan memotong kuku? bila tu?

  • Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
  • Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
  • Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
  • Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
  • Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
  • Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
  • Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Wallahu a'lam. Tidak tahu sejauh mana kebenarannya tetapi ada baiknya kita memotong kuku hari jumaat, sunnah kot?

Thursday, July 3, 2008

Barisan ketika hari kebangkitan

Buat renungan rakan-rakan

Suatu ketika, Muadz bin Jabal ra menghadap Rasulullah saw dan bertanya: 'Wahai Rasulullah, tolong uraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: 'Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris.' (QS An-Naba':18)'

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: 'Wahai Muadz, engkau telah bertanya kepadaku, perkara yang amat besar, bahwa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris.'

Barisan pertama, digiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: 'Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati tetangganya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...'

Barisan kedua, digiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Yang Maha Pengasih: 'Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan sholat,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...'

Barisan ketiga, mereka berbentuk keledai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. 'Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...'

Barisan keempat, digiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancuran keluar dari mulut mereka. 'Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...'

Barisan kelima, digiring dari kubur dengan bau busuk dari bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. 'Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan durhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula merasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...'

Barisan keenam, digiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. 'Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...'

Barisan ketujuh, digiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. 'Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...'

Barisan kelapan, digiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. 'Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...'

Barisan kesembilan, digiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. 'Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...'

Barisan kesepuluh, digiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. 'Mereka adalah orang yang durhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...'

Barisan kesebelas, digiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. 'Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...'

Barisan keduabelas, mereka digiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: 'Mereka adalah orang yang beramal saleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan durhaka, mereka memelihara sholat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat ampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih...'

Wednesday, July 2, 2008

Khasiat Ayat Seribu Dinar


Mungkin kita selalu mendengar tentang ayat ini namun kita jarang mengamalkannya. Sesungguhnya ayat seribu dinar ini mempunyai banyak khasiatnya jika diamalkn dan jika kita benar-benar ikhlas membacakannya.

Menurut ulama termasuk ulama besar ilmu tafsir, ada banyak faedah dan
fadilat yang diperoleh daripada amalan ayat seribu dinar iaitu baris
terakhir ayat kedua dan bersambung dengan ayat ketiga daripada surah
al-Talaq.

Antara fadilatnya ialah mendapat rezeki yang tidak disangka bahkan
memperoleh rezeki menurut jalan yang tidak pernah terfikir,
melenyapkan segala bentuk kesusahan serta dijauhkan daripada keraguan
dan kesusahan maut.

Menurut banyak riwayat, sebab ayat seribu dinar diturunkan Allah
adalah kerana peristiwa berkaitan seorang sahabat bernama Auf bin
Malik al-Asyja'i yang mempunyai anak lelaki ditawan kaum Musyrikin.

Beliau mengadu perkara itu kepada Rasulullah SAW dan Baginda meminta
Auf supaya bersabar sambil bersabda kepadanya yang
bermaksud: "Sesungguhnya Allah akan memberi jalan keluar kepadamu."

Ternyata tidak lama selepas itu anaknya dilepaskan daripada tawanan
pihak musuh dan dalam perjalanan ia terserempak seekor kambing
kepunyaan musuh lalu dibawanya kambing itu kepada ayahnya.

Kemudian turunlah ayat yang bermaksud: "Siapa yang bertakwa kepada
Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari
jalan yang tidak disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya."
(Hadis riwayat Ibnu Jarir)

Menyingkap khasiat dan kegunaan pelbagai surah dalam al-Quran, buku
Amalan Mustajab dan Murah Rezeki hasil tulisan Nurhafiz Abdullah
memberi tumpuan kepada hikayat yang dikaitkan dengan ayat seribu
dinar.

Ini termasuk riwayat hartawan yang bermimpi didatangi lelaki meminta
beliau bersedekah 1,000 dinar kepada fakir miskin dan kisah Malik bin
Dinar yang dapat dibaca pada bahagian awal buku berkaitan ayat seribu
dinar.

Pada masa sama, buku setebal 162 halaman ini turut mendedahkan
fadilat dan khasiat ayat surah al-Fatihah, al-Kursi, al-Qadr, al-
Ikhlas dan beberapa surah lain supaya dapat diamalkan pembaca bagi
menyelesaikan masalah dihadapi dalam kehidupan.

Begitu juga doa untuk kejayaan, keberkatan hidup serta murah rezeki
yang dilampirkan dalam usaha mengajak manusia tabah menghadapi ujian
yang didatangkan dan berusaha mencari jalan penyelesaian dengan
bermohon kepada Allah.

Ada 30 doa memohon pertolongan Allah disediakan dalam buku Amalan
Mustajab dan Murah Rezeki yang boleh dijadikan panduan serta amalan
harian termasuk doa memohon dibuka pintu rezeki, diberi kecerdasan
akal dan hati serta memohon sentiasa dicintai Allah.

Kandungan buku ini menekankan hal berkaitan fadilat dan khasiat
beramal dengan ayat wahyu Allah dalam al-Quran serta hadis Rasulullah
SAW sebagai jalan keluar bagi mereka yang berhadapan kesusahan selain
ingin mencapai hajat untuk diri, keluarga serta orang lain.

Buku Amalan Mustajab dan Murah Rezeki adalah rujukan sumber ilmu yang
bukan saja menjadi penawar malah, malah mendorong pembaca
memperbanyakkan ibadat sunat dengan membaca ayat al-Quran seterusnya
menjadikannya sebahagian amalan harian.

Ilmu yang berkat adalah ilmu yang dimanfaatkan, semoga usaha penulis
menyampaikan maklumat kepada pembaca yang akan memanfaatkannya
membawa kedua-duanya beroleh keredaan Allah serta rahmat dalam
kehidupan di dunia dan akhirat.

Tuesday, July 1, 2008

Doa ketika berwudhuk

Solat adalah satu kewajipan dalam hidup seorang mukmin. Namun ada kalanya solat itu diambil remeh, solat seperti ayam patuk jagung. Salah satu syarat sah solat ialah berwudhuk dimana wudhuk perlu diambil dengan berhati-hati agar ianya sah. Tahukah anda bahawa dalam wudhuk terdapat doa-doa khas yang boleh kita amalkan agar mendapat khasiat sepenuhnya dan menjadikan wudhuk kita lebih efektif

Adapun doa-doa ini adalah sepertimana yang dianjurkan oleh Al-Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali r.a. Semoga pembaca boleh mengamalkannya.
1.Doa ketika mengadap kiblat dan duduk di tempat yang tinggi :
Dengan namamu Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada gangguan syaitan dan aku berlindung dengan-Mu daripada kehadiran mereka disisiku.
2.Doa Ketika membasuh kedua tangan :
Ya Allah! Aku meminta akan Engkau akan tuah dan berkat, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sial dan kebinasaan.
3.Doa ketika berkumur-kumur :
Ya Allah! Permudahkanlah aku untuk membaca kitab-Mu (al-Quran) dan untuk memperbanyakkan berzikir kepada-Mu dan kukuhkanlah aku dengan perkataan yang kukuh (Laa ilaaha illallah) di dunia dan di akhirat {maksudnya jadikan hidup dan mati dalam keadaan beriman}.
4.Doa ketika memasukkan air ke dalam hidung :
Ya Allah! Ciumkanlah akan hidungku ini akan bau wangi syurga sedangkan engkau redha bagiku.
5.Doa ketika menghembuskan air dari hidung :
Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada bau busuk api neraka dan daripada kejahatan tempat kediamanku.
6.Doa ketika membasuh muka :
Ya Allah! Putihkanlah mukaku dengan nur-Mu pada hari yang menjadi kan putih muka para Aulia-Mu (hari kebangkitan) dan janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapan –Mu pada hari yang menjadi hitam muka musuh-musuh-Mu.
7.Doa ketika membasuh tangan kanan :
Ya Allah! Berikanlah catitan amalanku (pada hari kiamat nanti) di tangan kananku ini dan hisablah aku dengan hisab yang mudah.
8.Doa ketika membasuh tangan kiri :
Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada bahawa Engkau memberikan kepadaku akan catitan amalanku di tangan kiriku, atau Engkau berikan kepadaku daripada sebelah belakangku.
9.Doa ketika menyapu kepala :
Ya Allah! Liputilah aku dengan rahmat-Mu dan turunkanlah kepadaku berkat-Mu, dan naungilah aku di bawah naungan ‘Arasy-Mu di hari yang tidak ada naungan kecuali hanya naungan-Mu. Ya Allah! Haramkanlah rambutku dan kulitku daripada sentuhan api neraka.
10.Doa ketika membasuh kedua telinga :
Ya Allah! Jadikanlah aku daripada hamba-Mu yang mendengar sesuatu perkataan lalu mereka mengikuti yang baik-baik daripadanya. Ya Allah! Perdengarkanlah akan aku akan suara pemanggil syurga di dalam syurga bersama dengan orang yang baik.
11.Doa ketika menyapu tengkok :
Ya Allah! Merdekakanlah (bebaskanlah) tengkokku ini daripada api neraka dan aku berlindung dengan-Mu daripada segala rantai dan belenggu (di dalam api neraka).
12.Doa ketika membasuh kaki yang kanan :
Ya Allah! Tetapkanlah kedua kakiku ini di atas titian Siratul Mustaqim bersama-sama dengan kaki-kaki hamba-Mu yang soleh.
13.Doa ketika membasuh kaki yang kiri :
Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada tergelincir kakiku ke dalam jurang api neraka ketika aku melalui di atas titian Siratul Mustaqim. Di mana pada hari itu akan tergelincir kaki-kaki orang munafiq dan musyrik.

Dipetik dari : Kitab Hidayatus Salikin Fii Suluki Maslakil Muttaqin dan Kitab Bidayatul Hidayah

Monday, June 30, 2008

Khasiat nama-nama Allah(asmaul husna)

Sebagai seorang remaja, kita sering memuja-muja nama artis kesayangan. Kita sering meningatiselain dari Allah. Tahukah kita? 99 nama Allah mempunyai khasiat yang sangat besar jika diamalkan dan dihayati. Untuk mendapat berkat dari amalan ini. Beberapa perkara harus diperhatikan terlebih dahulu iaitu;
  • Mengamalkannya dalam keadaan suci badan, pakaian, dan tempat (suci lahir bathin)
  • Berusaha semaksima mungkin untuk melakukan solat berjamaah.
  • Bertekad untuk menyesuaikan segala tingkah laku dengan nama Allah yang diamalkan, dan untuk itu diperlukan pengetahuan tentang makna dari nama Allah yang diamalkannya.
  • Menjauhkan prasangka buruk kepada Allah.
  • Mempunyai keyakinan bahawa permohonannya akan dikabulkan.
  • Sabar didalam mengamalkannya dan tidak berhenti sampai maksud dan tujuan tercapai.
antara maksud nama-nama yang boleh diamalkan

mempunyai pengaruh yg besar di dlm mencapai segala yg dihajati.

  1. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah sholat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat� pelupa & gugup akan hilang dgn izin Allah swt.

  2. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari, Insyaallah kita akan mempunyai daya penarik yg besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

  3. "Ya Malik!" apabila dizirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala pekerjaan yg dilakukan setiap hari akan mendtgkan berkat & kekayaan yg diredhai Allah.

  4. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati spt sombong, iri hati, dengki dan lain�.

  5. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136x, Insyaallah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

  6. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236x, Insyaallah dgn izin Allah swt diri kita,keluarga & segala kekayaan yg dimiliki akan terpelihara & aman dari segala mcm gangguan yg merosakkan.

  7. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah sholat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi tenang & bersih dari segala sesuatu yg merumitkan sehingga mudah utk menghafal apa jua pelajaran.

  8. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah sholat subuh, Insyaallah dgn izin Allah, kita akan menjadi org yg mulia, disegani org krn penuh kewibaan.

  9. "Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226x pagi & ptg, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dgn izin Allah swt.

  10. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662x, maka dgn kebijaksanaan bertindak, kita akan dpt menudukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

  11. "Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, Insyaallah bagi yg ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran, amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap.

  12. "Ya Baarii' !" sekiranya kita berada di dlm kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100x selama 7 hari berturut�, Insyaallah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

  13. "Ya Musawwir!" sekiranya seorg isteri yg sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dgn berpuasa selama 7 hari dari Ahad hingga Sabtu. Diwaktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x, kemudian diminum air tersebut utk berbuka puasa.Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yg sama tetapi hanya dgn berpuasa selama 3 hari. Kemudian, pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10x, Insyaallah akan dikurniakan anak yg soleh dgn izin Allah swt.

  14. "Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dlm masjid dlm keadaan suci bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu sholat Jumaat, Insyaallah akan diampunkan dosa� kita.

  15. "Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & Insyaallah org� yg selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

  16. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100x sesudah sholat fardhu, barang siapa yg selalu di dlm kesempitan, Insyaallah segala kesulitan atau kesempitan dlm soal apa pun akan hilang dgn izinNya.

  17. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71x sesudah selesai sholat subuh, Insyaallah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

  18. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai sholat Maktubah, Insyaallah akan mendpt kemakrifatan yg sempurna.

  19. Fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran: Abu Nur Husnina keluaran Pustaka.

Tips Menguatkan Ingatan

Sebagai seorang remaja, lebih-lebih lagi seorang pelajar,ingatan yang kuatsangat penting untuk memudahkan pembelajaran dan mengatur kehidupan. Di sini ada beberapa teknik menguatkan daya ingatan.

Amalkan Tidur Yang Cukup

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan

Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan

Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam

Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan

Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali

Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka

Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran

Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

antara makanan-makanan yang boleh diamalkan untuk menigkatkan daya ingatan ialah

Makanan-makanan yang baik untuk kuat ingatan dan membasmi kelupaan;


1. Manisan madu lebah asli.
2. Air zam zam
3. Kurma / Tamar
4. Susu segar
5. Kismis / zabib
6. Halia.
7. Kekacang
8. Air rendaman kemenyan arab / kemenyan putih.
9. Kuning telur.
10. Lobak.
11. Bunga cengkih.
12. Daging burung merpati.
13. Minyak sapi.
14. Hati.
15. Za’faran
16. Otak ayam.
17. Roti kering.


” Sehebat-hebat teknik ingatan ialah dengan membaca dan menghafaz Al-Quran”